Fax : 09-8322140


Tel : 09-8321440
Fax : 09-8322140
Email: tba4005@yahoo.com



Cerita Bola Baling SKGB

Pasukan bola baling SKGB telah menyertai pertandingan bola baling peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Marang 2009 pada 6 hingga 7 April 2009 bertempat di SK Rusila. Tahniah kepada pasukan lelaki kerana berjaya merangkul tempat ke-3. Sementara pasukan perempuan hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Juga tahniah kepada semua pemain , pengurus Cikgu Asmawi dan jurulatih Cikgu Zaidah dan Cikgu Zawani semua pegawai pasukan Cikgu Jazlan dan Ustaz Wan Salim yang telah menurunkan semua ilmu dan usaha untuk kejayaan pasukan sekolah.
Berikut adalah rentetan perlawanan pasukan lelaki.
Pusingan pertama menang dengan pasukan SK Seberang Marang 3-2. Menang dengan pasukan SK Gondang 6-1. Peringkat suku akhir menang dengan pasukan SK Kubu 6-0. Kemudian tewas dengan pasukan yang lebih hebat SK Padang Mengkuang 0-5. Apapun kejayaan terserlah apabila pasukan lelaki berjaya mengalahkan pasukan SK Simpang Rawai 10-4 untuk penentuan tempat ke-3.
Sementara pasukan perempuan berjaya mengalahkan pasukan SK Bulit Sawa 3-2 dan seri dengan pasukan SK Bukit Gasing 2-2. Berjaya ke peringkat suku akhir tetapi tewas kepada pasukan SK Pasir Puteh 0-1.
Tahniah untuk semua yang terlibat.

No comments: