Fax : 09-8322140


Tel : 09-8321440
Fax : 09-8322140
Email: tba4005@yahoo.com



contoh soalan Bahasa Melayu thn 3


Sila pilih jawapan . Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi bantuan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Jali dan Jasni baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.
    1.   Kita
    2.   Dia
    3.   Beliau
    4.   Mereka
  2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.
    1.   Saya
    2.   Dia
    3.   Aku
    4.   Mereka
  3. ______ ialah negarawan yang terkenal.
    1.   Dia
    2.   Kamu
    3.   Beliau
    4.   Kita
  4. "______ ingin bersantap," titah sultan.
    1.   Beta
    2.   Hamba
    3.   Patik
    4.   Tuanku
  5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.
    1.   Beta
    2.   Hamba
    3.   Aku
    4.   Saya
  6. "______ patutu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat," kata ketua pengawas.
    1.   Kita
    2.   Kami
    3.   Dia
    4.   Mereka
  7. Munirah suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
    1.   kita
    2.   dia
    3.   mereka
    4.   nya
  8. "______ akan ke sana sekarang," kata Akmal dan Amin kepada Cikgu Hashim.
    1.   Kita
    2.   Kamu
    3.   Kami
    4.   Awak
  9. Setiap hari ______ pergi ke sekolah dengan bas.
    1.   beta
    2.   kami
    3.   saya
    4.   patik
  10. Adik menangis kerana ______ sakit perut.
    1.   dia
    2.   kami
    3.   mereka
    4.   kita
  11. Beberapa orang murid didenda kerana ______ melanggar disiplin sekolah.
    1.   nya
    2.   mereka
    3.   tuan
    4.   kamu
  12. "______ hendak pergi ke padang," kata Izani kepada ibunya.
    1.   Aku
    2.   Awak
    3.   Engkau
    4.   Patik
  13. Pemimpin dihormati kerana ______ seorang yang bertanggungjawab.
    1.   beliau
    2.   patik
    3.   saudara
    4.   saya
  14. "Inikah adik _____ yang pandai itu? tanya Choong kepada David.
    1.   saya
    2.   patik
    3.   engkau
    4.   kami
  15. "______ berharap awak akan dapat menolong saya," kata Elizabeth kepada Diana.
    1.   Tuan
    2.   Awak
    3.   Saya
    4.   Dia
  16. Sham, Zaidi dan Ramesh telah menyiapkan latihan Matematik _____.
    1.   kami
    2.   kita
    3.   engkau
    4.   mereka
  17. Raja Bersiong amat ditakuti kerana ______ seorang raja yang zalim.
    1.   beliau
    2.   baginda
    3.   tuanku
    4.   dia
  18. Jamil memberitahu saya bahawa _____ akan ke bandar pada petang ini.
    1.   kami
    2.   patik
    3.   dia
    4.   beta
  19. "Mari ______ tolong orang tua itu," kata Weng Kai kepada Ali.
    1.   kita
    2.   awak
    3.   beliau
    4.   saya
  20. "______ berjanji akan taat setia, tuanku," sembah Awang Selamat.
    1.   Beta
    2.   Saya
    3.   Patik
    4.   Baginda

No comments: