Fax : 09-8322140


Tel : 09-8321440
Fax : 09-8322140
Email: tba4005@yahoo.com




SK Gong Balai akan mengadakan Perkhemahan Kem Waja Diri pada 9,10 dan 11 Ogos ini bertempat di Padang SKGB. Seramai 140 pererta terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6.
Penyelaras Unit Beruniform SKGB, Cikgu Jazlan Hashim berkata, tujuan kem ini diadakan adalah untuk menbentuk jati diri semua peserta yang akan menempuh peperiksaan dan menyuntik semangat setiakawan semperna sambutan bulan kemerdekaan.
Sementara itu Pen Kanan ko-kurikulumSKGB, Cikgu Mat Rabi Ismail menjemput semua ahli keluarga warga SKGB dan semua pengunjung blog ini dijemput sama sama memeriahkan kem tersebut pada hari jumaat semperna Malam Kebudayaan dan jamuan BBQ anjuran Kelab Keluarga SKGB.

Penyelaras ICT sk Gong Balai

.

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT Sk Gong Balai
Cikgu Asmawi Abdullah

Sejarah Sekolah

Sekolah pertama mula dibina pada tahun 1953 dan mula dibuka pada 1954. Bangunan tersebut merupakan sebuah bangsal beratap nipah,berlantai pasir dan bercampur tanah liat. Dindingnya pula dibuat dengan pagar pasak anak kayu kuat. Saiz bangunan tersebut ialah 20 X 60 kaki.
Tempat asal bangunan sekolah ini ialah di belakang balairaya Kampung Tok Fakir yang ada sekarang ini. Bilangan murid pada masa itu ialah 60 orang lelaki dan perempuan. Tiada had umur pelajar. Encik Mustaffa bin Yusof (Allahyarham) ialah guru yang bertugas di sekolah ini. Beliau berasal dari Batas Baru ,Kuala Terengganu.
Nama asal sekolah ini adalah SEKOLAH UMUM GONG BALAI. Bangunannya dirasmikan oleh ALmarhum DYMM Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Sultan Terengganu pada masa itu.
Pada tahun 1957, Pihak kerajaan telah membina satu blok bangunan baru di atas tapak yang sama. Namanya pula ditukar kepada SEKOLAH MELAYU GONG BALAI. Beberapa tahun kemudian namanya ditukar pula kepada SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BALAI.
Pada tahun 1967, Sekolah Kebangsaan Gong Balai telah dipindahkan ke tempat baru, iaitu ke tapak yang sedia ada sekarang ini.